KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Perkataan “keropok lekor” adalah berasal dr loghat Terengganu.
Orang Kelantan dahulu kala menyebut keropok tersebut sebagai “keropok leyka” (comes from the word “lingkar”).
Keropok ini mendapat nama dr kaedah pembuatan yg mula diperkenalkan iaitu selepas keropok ini digentel sehingga panjang, keropok ini akan dilingkar di dalam badang atau talam sebelum direbus.
Sesetengah tempat di Kelantan ia dikenali juga sebagai “keropok gotey” dan “keropok bbatey”.
Disebabkan Terengganu yg lebih dahulu mengkomersialkan keropok ini, maka kekallah nama “keropok lekor” walaupun tidak sedikit industry ini di Kelantan.
KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Org Kelantan dahulu kala tidak menggunakan arah mata angin sebagaimana sekarang iaitu utara, selatan, timur dan barat.
Sebaliknya mereka menggunakan istilah hulu dan hilir (merujuk arah sungai), naik dan jatuh (merujuk kepada pergerakan matahari)
.
Sebab itulah kalau ada sesebuah rumah lama yg dirombak binaannya, anda akan terjumpa perkataan2 ini pada alang2 rumah tersebut.
Untuk merujuk arah timur laut, mereka menggunakan perkataan “hilir naik”, tenggara sebagai “hulu naik” dan seterusnya.
Kalau di tengah laut macamana pula yer?
KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Ibu negeri Kelantan berubah tempat beberapa kali.
Mengikut sejarah, Kota Kubang Labu berhampiran Pasir Pekan pernah dijadikan ibu negeri semasa zaman pemerintahan Puteri Saadong. Kemudian berpindah ke beberapa tempat.
Salah satu tempat ialah yg terletak di antara Tambatan D’Raja dan Sungai Budor.
Raja yg memerintah pada zaman tersebut merasakan ibu negeri baru ini tidak selamat dari ancaman banjir dari air Sungai Kelantan telah memerintahkan sebuah sungai digali dr Kg Kutan ke Pohon Tanjung bertujuan untuk melencongkan laluan air semasa musim banjir. Disebabkan masa tu belum ada jurutera yg boleh menasihati raja, maka ibu negeri Kelantan tetap digenangi banjir dan terhakis seterusnya tenggelam ke dalam Sungai Kelantan yg memaksa ibu negeri Kelantan sekali lagi dipindahkan ke Kota Bharu sehingga kini (bermula di kawasan Padang Bank dan Dalam Kota)
Sebab itulah kalau anda memandu dari Pasir Pekan ke Kota Bharu, sebelum melintasi Jambatan Sultan Yahya Petra anda akan menemui “Sungai Raja Gali”.
KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Stesyen kereta api Palekbang merupakan stesyen kereta api utama di Kelantan suatu ketika dahulu.
Ia menjadi hub utama bagi penduduk Jajahan Tumpat dan Kota Bharu untuk ke sesuatu tempat terutama ke Pahang dan negeri Pantai Barat. Perkhidmatan feri (yang menggunakan kayuhan roda besar dan mampu membawa kereta) disediakan dari Kota Bharu ke Palekbang utk kemudahan penduduk Kota Bharu untuk ke stesyen kereta api ini.
Minyak juga diangkut dari stesyen kereta api ini ke Kota Bharu menggunakan kapal minyak. Kilang air F&N juga didirikan bersebelahan stesyen kereta api ini.
Selepas siap pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra, fungsi Stesyen Kereta api Palekbang sebagai stesyen utama bagi dua jajahan ini telah diambilalih secara berperingkat-peringkat oleh Stesyen Kereta api Wakaf Bharu.
Kini semuanya tinggal kenangan, semua bangunan telah dirobohkan.
Yang ada hanyalah tapak.
KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Penduduk Kelantan dipercayai berasal dari beberapa buah kampung tertua Kelantan (dipercayai 9 buah kesemuanya).
Antaranya Kg Laut, Penambang, Banggol dan Padang Pak Amat. Kampung2 tertua ini suatu ketika dulu terletak di pesisiran pantai, namun disebabkan perubahan geografi kg2 ini terletak jauh ke daratan.
Dulu ada sebuah kg di Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang menjadi perkampungan penduduk yang berasal dr Kg Laut iaitu Kg Pasir yg kini telah dimusnahkan oleh pembangunan.
Jadi, kalau anda adalah anak Kelantan tak kiralah di mana anda tinggal sekarang ini sama ada di Kelantan atau luar Kelantan, cubalah cek salasilah keluarga anda, dr kg manakah anda berasal.
KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Pasar utama Kota Bharu suatu ketika dulu bertempat di Pengkalan Lido (sekarang ini adalah tapak Hotel River View).
Ia menjadi tempat tumpuan penduduk di lembangan Sg Kelantan mendapatkan bekalan keperluan mereka.
Penduduk di kepulauan delta termasuk Kedai Buloh akan membawa hasil laut utk didagangkan menggunakan perahu layar. Penduduk di tempat2 lain juga membawa hasil tempatan utk didagangkan di sini menggunakan pengangkutan sungai.
Selepas bangunan pasar baru dibina (sekarang ini Pasar MPKB – juga bakal diruntuhkan), Pasar Pengkalan Lido terus beroperasi utk beberapa waktu. Kini pasar utama Kota Bharu adalah Pasar Siti Khadijah di Buluh Kubu.
Pasar Pengkalan Lido mendapat nama dr nama pawagam Lido yg didirikan di sini.
Orang dulu-dulu pun suka ke panggung wayang. Hehehehehe...
KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Mengikut cerita orang tua, selepas peninggalan Jepun dari Kelantan, orang Kelantan masih terus dibelenggu ketakutan.
Ketakutan kali ini bukan dari askar Jepun sebaliknya dari hantu jepun yang sering merayau di waktu malam.
Banyak sumber yang mengatakan, selepas solat isyak di surau, jemaah akan terus bergegas pulang ke rumah masing2 kerana takutkan hantu ini walaupun sebelum ini mereka sempat bersembang sehingga larut malam.
Ramai juga yang maut kerana wabak penyakit terutama dari mayat2 yg tak diselenggara secara baik.
Keadaan ini berlarutan untuk beberapa tahun.
Macam mana rupa hantu Jepun tu yer?
Bagi yang ada atuk/nenek yg sempat merasai zaman Jepun, bolehlah bertanya mereka tentang hal ini.
KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Cerita yg dikutip dari allahyarham ayahanda ku.
Semasa zaman Tok Kenali dulu, diceritakan pernah satu ketika Tok Kenali terasa sakit perut.
Lantas dia bergegas ke sungai di Tambatan D’Raja (masa tu dia mengajar di Masjid Muhammadi).
Tak sempat ke tandas, “isi perut” dah terburai dan terkena ke atas salah satu tiang layar yg banyak tersidai di tepi sungai masa tu.
Tiang layar tersebut milik perahu yang sering ke laut menangkap ikan.
Keadaan ini diketahui pemilik perahu tersebut, tetapi sebagai mengambil berkat “milik” seorang Wali Allah, dia tidak membersihkan tiang tersebut sebaliknya mendirikan tiang tersebut utk terus ke laut.
Mungkin atas keberkatan ini, pemilik perahu layar tersebut dalam waktu yang singkat telah dapat membawa pulang hasil laut yg banyak. Wallahua’lam.
KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Sebelum sdra Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, penggal persekolahan dibahagikan kpd tiga.
Cuti penggal persekolahan pertama selama 2 minggu pd bulan April, cuti persekolahan penggal kedua selama dua minggu pd bulan Ogos dan cuti penggal ketiga selama dua bulan pada bulan November dan Disember.
Cuti penggal pertama amat dinanti-nantikan oleh penduduk Kg Laut dan kg sekitarnya seperti Palekbang dan Sg Pinang.
Kenapa? Sebabnya adalah pesta pantai. Pada waktu inilah hampir seluruh penduduk Kg Laut akan meninggalkan rumah masing2 utk ke Pantai Kuda yg terletak di Muara Sg Kelantan. Berpuluh dan mungkin beratus buah bangsal (waktu tu belum ada khemah) yg dibuat drp buluh dan pelepah kelapa didirikan. Mereka akan berkampung di sini selama beberapa malam.
Tak tahulah apa keistimewaan pantai ini yg hanyalah sebuah beting pasir dikelilingi sungai dan laut dan ditumbuhi rumput berduri.
Tradisi ini wujud sejak turun temurun sehinggalah cuti persekolahan diubah.
Walaupun cuba dihidupkan kembali pd akhir tahun 80an namun keadaan dah berubah dan tidak mendapat sambutan.
Kekallah ia sebagai NOSTALGIA PENDUDUK KG LAUT.
KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Suatu ketika dulu Kelantan pernah menerima bencana yang amat dahsyat (mungkin hampir seperti tsunami yg melanda Acheh).
Puting Beliung yg melanda Kelantan pada waktu itu menyebabkan banyak tanaman musnah, haiwan ternakan mati dan pokok2 bergelimpangan. Kebuluran melanda dan ramai yg terkorban akibat taufan dan penyakit yg melanda selepas kejadian itu iaitu taun.
Ramai yg tak dapat membuat padi kerana haiwan yg digunakan utk membajak banyak telah mati. Kemiskinan amat menyayat hati. Ramai yg merantau meninggalkan tanah air ke Terengganu, Pahang termasuk juga Johor
(Kg Kelantan yg terdapat di Muar Johor juga dipercayai dibuka ekoran tragedy ini).
Bagi keluarga yg mempunyai anak perempuan, ibubapanya akan menikahkan secepat mungkin utk mengurangkan bebanan keluarga.
Untuk cerita selanjutnya, bacalah buku “Warisan Kelantan” yg boleh diperolehi di Perpustakaan Negeri.
KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Banyak perkataan asal (original) yg digunakan masyarakat dahulu telah pupus dari penggunaan generasi kini dibawa arus peredaran masa. Contoh perkataan tersebut :
1) Sakar = gula
2) Buoh topoh = epal
3) Jebo = botol
4) Dan banyak lagi.
Perkataan ini sering digunakan org Kelantan tetapi kini tidak lagi. Namun masyarakat Melayu Selatan Thailand masih menggunakannya.
KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Tapak pelupusan sampah bagi Bandar Kota Bharu suatu ketika dulu adalah di tepi Sg Kelantan iaitu di Kg Sg Budor.
Timbunan sampah serta kereta2 buruk telah mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut serta mencemarkan sungai Kelantan.
Mungkin atas isu alam sekitar, MPKB telah memindahkan ke tapak pelupusan yang baru.
Kepada pengutip besi buruk, pergilah gali tebing sungai tu untuk mendapatkan berpuluh buah badan kereta yg tertimbus kat situ.
KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Jambatan Sultan Yahya Petra dibina semasa pemerintahan PAS di Kelantan dalam tahun 60an menghubungkan Kg Sireh dan Pasir Pekan. Apabila siap, ia menjadi salah satu jambatan terpanjang di Malaysia pada waktu itu.
Ia mengenakan tol bagi setiap kenderaan yg menggunakannya.
Tol ini telah menjadi salah satu sumber pendapatan utama bagi kerajaan PAS waktu itu ekoran diskriminasi yang amalkan kerajaan pusat.
Agaknya kalau tiada diskriminasi, Kota Bharu dah jadi bandaraya yg terbesar di pantai timur.
Dan mungkin juga dengan tiadanya diskriminasi, Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua telah lama disiapkan.
KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Setiap tahun pd suatu ketika dahulu Hari Keputeraan Sultan Kelantan disambut meriah oleh rakyat Kelantan.
Antara acara sambutan ialah Pesta Air yg dijalankan berhadapan Tambatan D’Raja.
Pada waktu ini rakyat keluar berbondong-bondong utk menyaksikan sama ada dr tebing sungai mahu pun bot2 / perahu2 yg berlabuh di tengah sungai. Pelbagai pertandingan dibuat antaranya perahu berhias, pukul bantal, lumba perahu/bot laju dan berebut itik.
Rakyat pada waktu tu cukup menghormati rajanya sehingga Hari Keputeraan ini dipanggil “Hari Puja Umur” dan cuti diberikan sebanyak 2 hari. Kini?
KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU
Pada tanggal 08.12.1941, tentera Jepun yang diketuai oleh Jeneral Takumi telah mendarat di Pantai Sabak di Kota Bharu, Kelantan. Dengan pendaratan ini bermulalah serangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Tentera Inggeris di bawah pimpinan Brigadier Kay yang mengetuai ‘ 28th Indian Infantry Brigade’ telah tewas di dalam usaha mempertahankan Kota Bharu. Kubu pertahanan di Kota Bharu pula kecil. Walau bagaimanapun tentera Jepun mendapat tentangan hebat semasa pendaratannya di Kota Bharu. Setelah menawan Kota Bharu, tentera Jepun mara ke negeri Pahang. Tahukah anda di Pantai Sabak terdapat sebuah 'kubu peringatan' yang digunakan tentera British sbg pertahanan. Namun begitu kedudukan ianya skrg sudah berada di dasar laut pantai sabak akibat daripada hakisan. Jika nak tau lebih lanjut, kenalah tanya org2 lama di pantai sabak, pasti diorg tahu di area mana kubu itu berada.