Ahad, 21 Ogos 2011

KEPELBAGAIAN TEKNIK MENJADIKAN ANDA MANGSA DALAM PERJALANAN

Terkini teknik baru yang digunakan bagi menjadikan pemandu jalanraya pada waktu malam menjadi mangsa mereka, iaitu dengan melempar telur di cermin hadapan.
Jika anda sedang memandu diwaktu malam, secara tiba-tiba cermin kereta anda dilemparkan telur ayam. Jangan suis on wiper dan pancutkan air. Teruskan memandu dengan apa yang mampu dilihat sehingga anda berada di tempat yang selamat. Ini kerana, telur ayam bercampur dengan air akan menjadikan cecair seperti susu (sukar dihilangkan dengan mudah) dan menyebabkan tahap penglihatan mata kita menjadi kabur sehingga 92.5 peratus. Anda akan menjadi mangsa sekiranya anda berhenti sebaik saja mengalami kejadian tersebut. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa dengan gaya baru sipenjenayah.
BERHATI-HATI SEMASA DALAM PERMANDUAN TERUTAMA DI WAKTU MALAM...PELBAGAI CARA AKAN DIBUAT SANG PENJENAYAH
Sebarkan untuk kebaikan ...kita bersama