Khamis, 6 Disember 2012

9W2 NTJ Dimasukkan Ke Wad HPRZII



yahoooo.....discharge hari nie....mc sebulan....perhhhh ...... relek sakannm


Selasa, 27 November 2012

KAWEEEE BARUUU TAUUUUUUUUUU

KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Perkataan “keropok lekor” adalah berasal dr loghat Terengganu.
Orang Kelantan dahulu kala menyebut keropok tersebut sebagai “keropok leyka” (comes from the word “lingkar”).
Keropok ini mendapat nama dr kaedah pembuatan yg mula diperkenalkan iaitu selepas keropok ini digentel sehingga panjang, keropok ini akan dilingkar di dalam badang atau talam sebelum direbus.

Sesetengah tempat di Kelantan ia dikenali juga sebagai “keropok gotey” dan “keropok bbatey”.

Disebabkan Terengganu yg lebih dahulu mengkomersialkan keropok ini, maka kekallah nama “keropok lekor” walaupun tidak sedikit industry ini di Kelantan.


KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Org Kelantan dahulu kala tidak menggunakan arah mata angin sebagaimana sekarang iaitu utara, selatan, timur dan barat.

Sebaliknya mereka menggunakan istilah hulu dan hilir (merujuk arah sungai), naik dan jatuh (merujuk kepada pergerakan matahari)
.
Sebab itulah kalau ada sesebuah rumah lama yg dirombak binaannya, anda akan terjumpa perkataan2 ini pada alang2 rumah tersebut.

Untuk merujuk arah timur laut, mereka menggunakan perkataan “hilir naik”, tenggara sebagai “hulu naik” dan seterusnya.

Kalau di tengah laut macamana pula yer?


KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Ibu negeri Kelantan berubah tempat beberapa kali.

Mengikut sejarah, Kota Kubang Labu berhampiran Pasir Pekan pernah dijadikan ibu negeri semasa zaman pemerintahan Puteri Saadong. Kemudian berpindah ke beberapa tempat.
Salah satu tempat ialah yg terletak di antara Tambatan D’Raja dan Sungai Budor.

Raja yg memerintah pada zaman tersebut merasakan ibu negeri baru ini tidak selamat dari ancaman banjir dari air Sungai Kelantan telah memerintahkan sebuah sungai digali dr Kg Kutan ke Pohon Tanjung bertujuan untuk melencongkan laluan air semasa musim banjir. Disebabkan masa tu belum ada jurutera yg boleh menasihati raja, maka ibu negeri Kelantan tetap digenangi banjir dan terhakis seterusnya tenggelam ke dalam Sungai Kelantan yg memaksa ibu negeri Kelantan sekali lagi dipindahkan ke Kota Bharu sehingga kini (bermula di kawasan Padang Bank dan Dalam Kota)

Sebab itulah kalau anda memandu dari Pasir Pekan ke Kota Bharu, sebelum melintasi Jambatan Sultan Yahya Petra anda akan menemui “Sungai Raja Gali”.


KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Stesyen kereta api Palekbang merupakan stesyen kereta api utama di Kelantan suatu ketika dahulu.

Ia menjadi hub utama bagi penduduk Jajahan Tumpat dan Kota Bharu untuk ke sesuatu tempat terutama ke Pahang dan negeri Pantai Barat. Perkhidmatan feri (yang menggunakan kayuhan roda besar dan mampu membawa kereta) disediakan dari Kota Bharu ke Palekbang utk kemudahan penduduk Kota Bharu untuk ke stesyen kereta api ini.

Minyak juga diangkut dari stesyen kereta api ini ke Kota Bharu menggunakan kapal minyak. Kilang air F&N juga didirikan bersebelahan stesyen kereta api ini.
Selepas siap pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra, fungsi Stesyen Kereta api Palekbang sebagai stesyen utama bagi dua jajahan ini telah diambilalih secara berperingkat-peringkat oleh Stesyen Kereta api Wakaf Bharu.
Kini semuanya tinggal kenangan, semua bangunan telah dirobohkan.
Yang ada hanyalah tapak.


KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Penduduk Kelantan dipercayai berasal dari beberapa buah kampung tertua Kelantan (dipercayai 9 buah kesemuanya).
Antaranya Kg Laut, Penambang, Banggol dan Padang Pak Amat. Kampung2 tertua ini suatu ketika dulu terletak di pesisiran pantai, namun disebabkan perubahan geografi kg2 ini terletak jauh ke daratan.
Dulu ada sebuah kg di Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang menjadi perkampungan penduduk yang berasal dr Kg Laut iaitu Kg Pasir yg kini telah dimusnahkan oleh pembangunan.
Jadi, kalau anda adalah anak Kelantan tak kiralah di mana anda tinggal sekarang ini sama ada di Kelantan atau luar Kelantan, cubalah cek salasilah keluarga anda, dr kg manakah anda berasal.


KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Pasar utama Kota Bharu suatu ketika dulu bertempat di Pengkalan Lido (sekarang ini adalah tapak Hotel River View).

Ia menjadi tempat tumpuan penduduk di lembangan Sg Kelantan mendapatkan bekalan keperluan mereka.
Penduduk di kepulauan delta termasuk Kedai Buloh akan membawa hasil laut utk didagangkan menggunakan perahu layar. Penduduk di tempat2 lain juga membawa hasil tempatan utk didagangkan di sini menggunakan pengangkutan sungai.
Selepas bangunan pasar baru dibina (sekarang ini Pasar MPKB – juga bakal diruntuhkan), Pasar Pengkalan Lido terus beroperasi utk beberapa waktu. Kini pasar utama Kota Bharu adalah Pasar Siti Khadijah di Buluh Kubu.
Pasar Pengkalan Lido mendapat nama dr nama pawagam Lido yg didirikan di sini.
Orang dulu-dulu pun suka ke panggung wayang. Hehehehehe...


KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Mengikut cerita orang tua, selepas peninggalan Jepun dari Kelantan, orang Kelantan masih terus dibelenggu ketakutan.
Ketakutan kali ini bukan dari askar Jepun sebaliknya dari hantu jepun yang sering merayau di waktu malam.
Banyak sumber yang mengatakan, selepas solat isyak di surau, jemaah akan terus bergegas pulang ke rumah masing2 kerana takutkan hantu ini walaupun sebelum ini mereka sempat bersembang sehingga larut malam.
Ramai juga yang maut kerana wabak penyakit terutama dari mayat2 yg tak diselenggara secara baik.
Keadaan ini berlarutan untuk beberapa tahun.
Macam mana rupa hantu Jepun tu yer?
Bagi yang ada atuk/nenek yg sempat merasai zaman Jepun, bolehlah bertanya mereka tentang hal ini.


KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Cerita yg dikutip dari allahyarham ayahanda ku.
Semasa zaman Tok Kenali dulu, diceritakan pernah satu ketika Tok Kenali terasa sakit perut.
Lantas dia bergegas ke sungai di Tambatan D’Raja (masa tu dia mengajar di Masjid Muhammadi).
Tak sempat ke tandas, “isi perut” dah terburai dan terkena ke atas salah satu tiang layar yg banyak tersidai di tepi sungai masa tu.
Tiang layar tersebut milik perahu yang sering ke laut menangkap ikan.
Keadaan ini diketahui pemilik perahu tersebut, tetapi sebagai mengambil berkat “milik” seorang Wali Allah, dia tidak membersihkan tiang tersebut sebaliknya mendirikan tiang tersebut utk terus ke laut.
Mungkin atas keberkatan ini, pemilik perahu layar tersebut dalam waktu yang singkat telah dapat membawa pulang hasil laut yg banyak. Wallahua’lam.


KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Sebelum sdra Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, penggal persekolahan dibahagikan kpd tiga.
Cuti penggal persekolahan pertama selama 2 minggu pd bulan April, cuti persekolahan penggal kedua selama dua minggu pd bulan Ogos dan cuti penggal ketiga selama dua bulan pada bulan November dan Disember.
Cuti penggal pertama amat dinanti-nantikan oleh penduduk Kg Laut dan kg sekitarnya seperti Palekbang dan Sg Pinang.
Kenapa? Sebabnya adalah pesta pantai. Pada waktu inilah hampir seluruh penduduk Kg Laut akan meninggalkan rumah masing2 utk ke Pantai Kuda yg terletak di Muara Sg Kelantan. Berpuluh dan mungkin beratus buah bangsal (waktu tu belum ada khemah) yg dibuat drp buluh dan pelepah kelapa didirikan. Mereka akan berkampung di sini selama beberapa malam.
Tak tahulah apa keistimewaan pantai ini yg hanyalah sebuah beting pasir dikelilingi sungai dan laut dan ditumbuhi rumput berduri.
Tradisi ini wujud sejak turun temurun sehinggalah cuti persekolahan diubah.
Walaupun cuba dihidupkan kembali pd akhir tahun 80an namun keadaan dah berubah dan tidak mendapat sambutan.
Kekallah ia sebagai NOSTALGIA PENDUDUK KG LAUT.


KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Suatu ketika dulu Kelantan pernah menerima bencana yang amat dahsyat (mungkin hampir seperti tsunami yg melanda Acheh).
Puting Beliung yg melanda Kelantan pada waktu itu menyebabkan banyak tanaman musnah, haiwan ternakan mati dan pokok2 bergelimpangan. Kebuluran melanda dan ramai yg terkorban akibat taufan dan penyakit yg melanda selepas kejadian itu iaitu taun.
Ramai yg tak dapat membuat padi kerana haiwan yg digunakan utk membajak banyak telah mati. Kemiskinan amat menyayat hati. Ramai yg merantau meninggalkan tanah air ke Terengganu, Pahang termasuk juga Johor
(Kg Kelantan yg terdapat di Muar Johor juga dipercayai dibuka ekoran tragedy ini).
Bagi keluarga yg mempunyai anak perempuan, ibubapanya akan menikahkan secepat mungkin utk mengurangkan bebanan keluarga.
Untuk cerita selanjutnya, bacalah buku “Warisan Kelantan” yg boleh diperolehi di Perpustakaan Negeri.


KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Banyak perkataan asal (original) yg digunakan masyarakat dahulu telah pupus dari penggunaan generasi kini dibawa arus peredaran masa. Contoh perkataan tersebut :

1) Sakar = gula
2) Buoh topoh = epal
3) Jebo = botol
4) Dan banyak lagi.

Perkataan ini sering digunakan org Kelantan tetapi kini tidak lagi. Namun masyarakat Melayu Selatan Thailand masih menggunakannya.


KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Tapak pelupusan sampah bagi Bandar Kota Bharu suatu ketika dulu adalah di tepi Sg Kelantan iaitu di Kg Sg Budor.
Timbunan sampah serta kereta2 buruk telah mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut serta mencemarkan sungai Kelantan.
Mungkin atas isu alam sekitar, MPKB telah memindahkan ke tapak pelupusan yang baru.
Kepada pengutip besi buruk, pergilah gali tebing sungai tu untuk mendapatkan berpuluh buah badan kereta yg tertimbus kat situ.


KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Jambatan Sultan Yahya Petra dibina semasa pemerintahan PAS di Kelantan dalam tahun 60an menghubungkan Kg Sireh dan Pasir Pekan. Apabila siap, ia menjadi salah satu jambatan terpanjang di Malaysia pada waktu itu.
Ia mengenakan tol bagi setiap kenderaan yg menggunakannya.
Tol ini telah menjadi salah satu sumber pendapatan utama bagi kerajaan PAS waktu itu ekoran diskriminasi yang amalkan kerajaan pusat.
Agaknya kalau tiada diskriminasi, Kota Bharu dah jadi bandaraya yg terbesar di pantai timur.
Dan mungkin juga dengan tiadanya diskriminasi, Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua telah lama disiapkan.


KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Setiap tahun pd suatu ketika dahulu Hari Keputeraan Sultan Kelantan disambut meriah oleh rakyat Kelantan.
Antara acara sambutan ialah Pesta Air yg dijalankan berhadapan Tambatan D’Raja.
Pada waktu ini rakyat keluar berbondong-bondong utk menyaksikan sama ada dr tebing sungai mahu pun bot2 / perahu2 yg berlabuh di tengah sungai. Pelbagai pertandingan dibuat antaranya perahu berhias, pukul bantal, lumba perahu/bot laju dan berebut itik.
Rakyat pada waktu tu cukup menghormati rajanya sehingga Hari Keputeraan ini dipanggil “Hari Puja Umur” dan cuti diberikan sebanyak 2 hari. Kini?

KAWE BARU TAUUUUUUUUUUUUU

Pada tanggal 08.12.1941, tentera Jepun yang diketuai oleh Jeneral Takumi telah mendarat di Pantai Sabak di Kota Bharu, Kelantan. Dengan pendaratan ini bermulalah serangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Tentera Inggeris di bawah pimpinan Brigadier Kay yang mengetuai ‘ 28th Indian Infantry Brigade’ telah tewas di dalam usaha mempertahankan Kota Bharu. Kubu pertahanan di Kota Bharu pula kecil. Walau bagaimanapun tentera Jepun mendapat tentangan hebat semasa pendaratannya di Kota Bharu. Setelah menawan Kota Bharu, tentera Jepun mara ke negeri Pahang. Tahukah anda di Pantai Sabak terdapat sebuah 'kubu peringatan' yang digunakan tentera British sbg pertahanan. Namun begitu kedudukan ianya skrg sudah berada di dasar laut pantai sabak akibat daripada hakisan. Jika nak tau lebih lanjut, kenalah tanya org2 lama di pantai sabak, pasti diorg tahu di area mana kubu itu berada.

Khamis, 1 November 2012

Pendaftaran Permohonan BR1M 2.0 akan bermula pada 1 November 2012






Pendaftaran permohonan BR1M 2.0 akan bermula pada 1 November 2012. Tarikh tutup permohonan akan diumumkan kelak. Borang-borang permohonan BR1M 2.0 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun melalui pautan dibawah. 

Untuk isi rumah bantuan RM500 akan diberikan

Syarat kelayakan:
1. warganegara Malaysia
2. Berpandapatan Kasar RM3,000.00 Sebulan
3. Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas



Untuk individu bujang RM250.00 Akan Diberikan

Syarat Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 21 tahun ke atas

3. Berpendapatan RM2,000.00 Sebulan Kebawah

4. Tidak mempunyai Tanggungan

5. Bukan Pelajar IPT(mendapat Baucer Buku RM250)





BORANG BR1M MULA DIBUKA SEKARANG Klik Disini

PENDAFTARAN BR1M SECARA ONLINE: Sila Klik Disini

Sabtu, 13 Oktober 2012

PEMERGIAN S'ORG RAKAN

DENGAN TITISAN AIR MATA...KU RELAKAN DIKAU PERGI DENGAN AMAN..JAWABLAH DENGAN TENANG TANPA BERBELAH BAGI...SEGALA CURAHAN DAN BAKTI BERADA DALAM INGATAN..SEMOGA ROH MU DEBERKATI TUHAN

Al-Fatihah Untukmu.......

Khamis, 4 Oktober 2012

Taktik guna radio amatur gagal

TELUK INTAN - Radio amatur (walkie talkie) menjadi alat penghubung sekumpulan pengedar dadah di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Redang Punggor, Chenderong Balai, di sini bagi mengelak port jual dadah dikesan pihak berkuasa.


Namun, taktik itu gagal apabila kawasan panas yang baru dibuka sebulan lalu berjaya diserbu sepasukan 20 anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (JSJND), Balai Polis Chui Chak, Langkap, Labu Kubong dan Cawangan Jenayah, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, serbuan yang diketuai Pegawai JSJND, Inspektor Ahmad Saifulbahri Abd Rahman berjaya menahan dua pengedar dan 14 penagih dalam operasi bersepadu itu.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 42 tahun di sekitar kawasan kebun kelapa sawit tersebut.

"Kita menahan dua pengedar dadah yang berusia 23 dan 33 tahun kerana mengedar serta memiliki dadah jenis heroin.

"Lelaki pertama berusia 33 tahun ditahan di bawah Seksyen 39 A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana miliki satu paket plastik berisi dadah heroin dianggarkan seberat 6.95 gram. Manakala seorang lagi pengedar  ditahan di bawah Seksyen sama kerana memiliki satu paket plastik berisi dadah dianggarkan berat 2.15 gram," katanya.

Kok Liang berkata, enam lelaki berusia di antara 26 hingga 42 ditahan di bawah Seksyen 12 (2)/ (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana masing-masing memiliki satu tiub berisi dadah heroin dianggarkan berat 0.6 hingga 0.20 gram.

“Selain itu, lapan lelaki berusia 21 hingga 47 tahun yang juga penagih dadah turut ditahan dan kesemua suspek dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, untuk tindakan selanjutnya,” katanya, di sini.

Beliau berkata, hasil serbuan yang dibuat, pihaknya percaya satu sarang pengedaran dan penagih yang baru beroperasi di kawasan Chenderong Balai berjaya dilumpuhkan.

Menurutnya, port di tengah-tengah ladang kelapa sawit dan terletak kira-kira lima kilometer dari jalan besar itu menjadi pilihan pengedar serta penagih dadah untuk menjual mahu pun mendapatkan bekalan dadah.

"Selain itu, radio amatur yang digunakan sebagai alat perhubungan bagi memastikan perbuatan mereka tidak dapat dihidu polis, turut dirampas," katanya.

Kesemua suspek yang ditahan menjalani ujian saringan awal polis dan mendapati 16 lelaki ditahan positif heroin.

Laporan Dari Sinar Harian

Selasa, 2 Oktober 2012

PEPERIKSAAN AMATUR SIRI KEDUA TAHUN 2012




PEPERIKSAAN AMATUR SIRI KEDUA TAHUN 2012


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan
Radio Amatur (RAE) siri kedua bagi tahun 2012 bagi memenuhi kehendak Peraturan 26(2),
Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000. Butiran lengkap
berhubung peperiksaan ini adalah seperti berikut.




Kelayakan bagi menduduki peperiksaan adalah seperti berikut:
1. Berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan dilangsungkan; dan
2. Warganegara atau Penduduk Tetap Malaysia (Bagi bukan warganegara, sila rujuk mana-mana
pejabat SKMM untuk pengesahan kelayakan).
Permohonan boleh dibuat sama ada secara atas talian (online) atau secara manual dengan
menggunakan borang permohonan bercetak. Permohonan secara atas talian boleh dibuat melalui
laman sesawang rasmi SKMM di www.skmm.gov.my atau URL http://sems.skmm.gov.my. 
Borang bagi permohonan secara manual boleh diperolehi dari laman sesawang rasmi SKMM dan di
semua pejabat SKMM.

Sabtu, 29 September 2012

TEMPAT AKU BELAJAR MENGENAL KEMAHIRAN

Tahun Jun/1998
(SIJIL KEMAHIRAN GIAT MARA)


SKM Tahap 1 & SKM Tahap 2


SKM Tahap 3 & SKM Tahap 4

DISINILAH TEMPAT AKU BELAJAR MENGENAL ERTI KEMAHIRAN...

Khamis, 20 September 2012

AIR MUTIARA 10 KEAJAIBAN

10 KEAJAIBAN RASA AIR TERAPI MUTIARA

1-  Manis     – Organ dalam keadaan Baik.
Keterangan:- Biasanya hanya kanak-kanak bawah 2 tahun boleh rasa manis sahaja orang dewasa jarang-jarang. Jika ada rasa manis, tetapi dirasa selepas rasa-rasa yang lain ini menandakan orang itu ada amalan penjagaan kesihatan yang baik seperti makan jamu, ambil vitamin, selalu bersenam, bersukan dan sebagainya.
2-  Masam  – Organ dalaman yang lemah di bahagian Jantung dan Usus Kecil.
Keterangan:- Jantung berfungsi mengepam darah keseluruh badan. Jantung mungkin sudah lemah untuk bekerja. Usus kecil menyerap nutrient dari makanan yang telah tercerna masuk kedalam darah untuk dibawa ke seluruh badan. Mungkin salur darah tersumbat oleh kolestrol, asid dsb menyebabkan perjalanan darah ke jantung tidak lancar. Oleh sebab itu orang ini selalunya Kurang tenaga, Lemah-lemah badan/sakit-sakit, Bila aktif -  cepat rasa letih, rasa nak pitam berpinar-pinar), berdebar/berpeluh dsb.
3-  Hanyir   – Organ dalaman yang lemah di bahagian Buah Pinggang, pundi kencing dan kelenjar prostat, dan Ovari.
Keterangan:- Buah Pinggang – proses cuci & hantar darah (23saat – 1900ml darah satu badan). Darah yang dihantar mungkin bermasalah, tak cukup, tak kuat, tak sampai, tersekat-sekat (filter kotor/tersumbat). Oleh itu orang ini selalunya Sakit-sakit Pinggang & kebas kaki tangan, kencing tak lawas, Cepat letih/mengah – kalu ‘over active’ boleh rasa berpinar-pinar dan Masalah kewanitaan – haid tak teratur, sengugut, keputihan dsb.
4-  Kelat    – Organ dalaman yang lemah di bahagian Perut, Usus Besar, Limpa, Paru-paru
Keterangan:- Limpa mengawal pengeluaran enzim untuk mencerna makanan. Bila limpa bermasalah, limpa tak boleh kawal pengeluaran enzim/asid. Bila asid berlebihan perlu lebih alkali untuk menuetralkan asid. Bila alkali kehabisan, terpaksa ‘import’ dari tulang belakang belah atas (stok kalsium) Oleh sebab itu orang ini selalunya Proses penghadaman sering terganggu, Buang air besar tak lawas, Kaki & tangan lenguh-lenguh/kebas, Orang kelat tak semestinya ada asma
5-  Pahit – Organ dalaman yang lemah di bahagian Hati, Pundi Hempedu.
Keterangan:-Darah banyak asid, kolestrol, toksik dan keracunan Oleh sebab itu orang ini selalunya Banyak angin, Boleh kene gastric, ulser, angin medu/uluran, angin ahmar (strok), selalu pening kepala/migraine, Darah tinggi & darah rendah, Boleh kene resdung dan gaut (sendi penuh acid)
6-  Loya  – Organ dalaman yang lemah di bahagian Urat saraf dan Anggota Badan.
Keterangan:- Anggota Badan Terlalu tension/stress (tertekan). Oleh sebab itu orang ini selalunya lemah2 badan, kurang tenaga, sakit-sakit anggota badan tertentu.
7-  Muntah – Organ dalaman yang lemah di bahagian Urat saraf dan Buah Pinggang.
Keterangan:- Lebih toksid dalam badan (steroid dadah arsenic dsb) Oleh sebab itu orang ini selalunya: Lemah-lemah badan & kurang tenaga
8-  Masin  – Organ Dalaman yang lemah di bahagian Pundi Kencing Dan Jantung (Darah pekat )
Keterangan:- Jantung pam darah tidak kuat Oleh sebab itu orang ini selalunya: Biasa kencing tak lawas, Mungkin ada batu karang, Lemah-lemah/ kurang tenaga
9-  Berangin – Organ dalaman yang lemah di bahagian Tulang.
Keterangan:- Kekurangan/kehabisan kalsium
10- Payau    – Organ dalam keadaan baik.

INGIN MERASAI KEAJAIBAN AIR MUTIARA 
SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN NO TERTERA

*Lain Orang Lain Rasanya...Mengikut Keadaan Masing-2

Sabtu, 15 September 2012

Mangsa sesat maut dipatuk ular




BALING - Salah seorang daripada empat lelaki dan seorang perempuan yang  sesat dalam hutan berdekatan Pusat Peranginan Lata Bayu, Baling dilaporkan mati akibat dipatuk ular manakala seorang lagi tenat setelah dua hari berada dalam hutan tersebut.

Kejadian itu dimaklumkan salah seorang rakan mangsa menerusi sistem radio amatur yang digunakan kumpulan terbabit.

Kelima-lima mangsa yang dikatakan berasal dari Selangor itu tidak sempat menyampaikan maklumat lengkap mengenai kedudukan dan identiti mereka setelah sistem radio yang digunakan itu tidak dapat berfungsi.

Keadaan itu mengakibatkan komunikasi antara kumpulan berkenaan dengan pengguna radio amatur  lain terputus seterusnya menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kejadian itu disedari setelah kumpulan berkenaan  memancarkan isyarat kecemasan menerusi radio amatur mereka pada jam 10 malam kelmarin.

Menurutnya, isyarat itu diterima pengguna radio amatur seluruh Semenanjung Malaysia sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa di sini, termasuk penduduk kampung.

“Kali terakhir kumpulan itu dihubungi pada jam 7 pagi semalam. Salah seorang rakan kumpulan itu sempat memaklumkan mereka berada di kawasan cerun dan seorang rakan mereka meninggal dunia akibat dipatuk ular dan seorang lagi sedang tenat,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kumpulan radio amatur di sini cuba dapatkan maklumat lengkap mengenai kumpulan itu, tetapi tidak berhasil setelah radio yang digunakan kumpulan itu tidak berfungsi.

“Justeru, kita tidak mengetahui berapa lama mereka berada di dalam hutan berkenaan, termasuk maklumat ahli keluarga mereka.

“Polis juga tidak terima laporan perjalanan ke hutan oleh kumpulan terbabit sebelum ini dan menyukarkan pihak berkuasa mendapatkan maklumat dan menjalankan siasatan,” katanya.

Lancar operasi menyelamat

Mat Daud berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan awam, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) termasuk penduduk kampung dan pertubuhan sukarelawan dilancarkan  pada jam 3 pagi sehingga 7 pagi semalam.

Operasi yang diteruskan pada jam 9 pagi itu tidak menemukan sebarang petanda mahupun jejak kumpulan berkenaan.

Menurutnya, penduduk yang berpengalaman di dalam hutan juga tidak menemukan sebarang jejak walaupun telah mencari sejauh tiga kilometer di dalam hutan tersebut.

“Namun begitu, anggota yang terlibat masih lagi berjaga di pekarangan Lata Bayu sehingga jam 6 petang ini (semalam). Setakat ini, kita masih menunggu maklumat lengkap terutama laporan polis oleh ahli keluarga kumpulan tersebut.

“Laporan berkenaan sedikit sebanyak dapat mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku ataupun hanya penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Terdapat beberapa penduduk yang mendakwa ternampak kelibat salah seorang lelaki yang melambai ke arah mereka ketika operasi menyelamat dilakukan.

Penduduk yang hanya mahu dikenali Mat berkata, terdapat seorang mangsa yang tidak berbaju dan berseluar pendek melambai ke arah kumpulan penyelamat awal pagi semalam.

Menurutnya, dia bersama rakan-rakannya memberikan salam dan melaungkan azan ke arah lelaki berkenaan yang berada 50 meter dari kedudukan mereka.

“Salam kami dibalas, malah lelaki itu turut melaungkan azan. Jadi, saya dan rakan-rakan pun bergerak ke arah lelaki berkenaan kerana yakin lelaki itu adalah salah seorang mangsa yang sesat dalam hutan itu.

“Namun, setelah sampai ke lokasi lelaki tersebut, lelaki itu hilang tanpa sebarang jejak,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kejadian itu tidak melemahkan semangatnya kerana ia merupakan kejadian yang sering berlaku dalam hutan.

“Kita akan meneruskan operasi mencari kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk berlaku kepada kumpulan tersebut,” katanya.

Mat berkata, kejadian yang pertama kali berlaku di kawasan itu turut menimbulkan beberapa persoalan dalam kalangan penduduk setempat, termasuk pasukan penyelamat.

“Kami tidak ada maklumat lengkap dan sahih mengenai kejadian ini. Ia hanya berdasarkan maklumat menerusi sistem radio. Namun, kita akan terus mencari sehinggalah mendapat kata putus daripada pihak berkuasa,” katanya.

Laporan Dari Sinar Harian

MAJLIS AIDILFITRI JABATAN BOMBA & PENYALAMAT MALAYSIA BERSAMA JABATAN BOMBA SUKARELA


MAJLIS AIDILFITRI JABATAN BOMBA & PENYALAMAT MALAYSIA 
BERSAMA JABATAN BOMBA SUKARELA

Tahniah...Dan Terima Kasih..


Kepada Ketua Balai, Pegawai Kanan, Jurulatih & semua Anggota Rescue Team (Bomba Sukarela Kota Bharu) di atas komitmen dan kerja sama semua Rescue Team telah berjaya mendapat tempat yang kedua selepas Balai Kota Bharu dalam Pertandingan Gerai Tercantik.


KEKALKAN SEMANGAT YANG ADA...

HAYATI MOTO RESCUE TEAM:

 "Sedia Digerakkan Mampu Menempuh Cabaran"
HAYATI MOTO RESCUE TEAM: "Sedia Digerakkan Mampu Menempuh Cabaran"

Sabtu, 8 September 2012

RESCUE TEAM (BOMBA SUKARELA KOTA BHARU)


RESCUE TEAM (BOMBA SUKARELA KOTA BHARU)

2527-10-KEL
RESCUE TEAM (BOMBA SUKARELA KOTA BHARU)

DI BAWAH SEKSYEN 7 AKTA PERTUBUHAN 1966 "RESCUE TEAM"  TELAH DITUBUHKAN PADA TAHUN/BULAN : OKTOBER 2010 DENGAN NO PENDAFTARAN : 2527 - 10 - KEL 

Jumaat, 31 Ogos 2012

Eyball Merdeka Raya DI KRT MOrak


MAJLIS EYBALL MERDEKA RAYA YANG DIBUAT DI PERKARANGAN KRT MORAK...

Terima Kasih Atas Jemputan





















Khamis, 30 Ogos 2012

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKAA



MERDEKA......MERDEKA....MERDEKA !!!!!!

Apa ertinya kemerdekaan bg anda yang bergelar "Anak Malaysia"

Adakah dengan jawapan "BEBAS" dari penjajah...

sama-2 kita hayati kemerdekaan jgn hnya pandai melaungkan sajaaaaa.........

Selasa, 14 Ogos 2012

N@k T3ngok Keputus@n P3kS3 J@p



MAKLUMAN....

KEPADA RAKAN-RAKAN YANG MENGAMBIL PEPERIKSAAN RAE SIRI 1 2012 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KINI DIBUKA SEKARANG:

SILA Klik Disini . 

kepada rakan-rakan yang berjaya tahniah saya ucapkan..& kepada yang tak berjaya cuba lagi..Kejayaan jua pasti akan datang..

TAHNIAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Jumaat, 27 April 2012

JOM GIIIII PEKSAAAA

KEPADA RAKAN-RAKAN YANG INGIN MENGAMBIL PEPERIKSAAN RAE SIRI 1/2012 SILALAH Klik Disini UNTUK MENDAPATKAN BORANG PEPERIKSAAN

Tarikh Tutup Permohonan : 11HB MAY 2012/05:00 PM
Tarikh Peperiksaan             : 27HB JUN 2012/02:00 PM